This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Happy 5th Birthday To Danial

Khamis lepas (26 Nov 2009) adalah hari lahir danial yang ke 5. Dah besar anak mama dan ayah sorang nih.

Nak buat sambutan birthday pada hari Khamis tu, but masa terlalu suntuk. Dengan nak raya lagi, nak kemas baju sbb raya haji ni raya kt Merbok. Tak sempat mama dan ayah cari masa tuk sambut birthday danial pada hari tu. Tak nak la buat dalam keadaan kelam kabut.

So, lepas bincang dengan ayah, sambutan untuk danial tahun ni kita buat kat rumah tok Merbok la. Lagi best, hehe..ramai pen'sponsor'. Ada makteh, lang, semua blh tolong mama siapkan sambutan birthday danial. Tapi yang paling membantu dah tentulah ayah.

Birthday ke 5 danial disambut pada hari Sabtu, 28 Dis 2009 (Wedding anniversary mama dan ayah sekali tuh). Kira 2 dalam 1 la yer, senang. So yang memasak hari tu dah tentulah ayah, biasanya masakan untuk parti2 atau jamuan2 atau kenduri2 memang biasa diserahkan pada ayah. 'Chef' la katakan. So ari tu memang mama serahkan sepenuhnya dapur pada ayah. Actually memang selalu gitu pun. Mama tolong siapkan yang lain2 especially kek danial, tempat untuk makan, etc..

Inilah akibatnya bila kelam kabut buat keje. Disengat serangga apa tah namanya,...'temingat' panggilan orang kedah. Aduh!!! Gila punya sakit. 5 tempat tuh. Sakitt!!!












Rajin anak mama nih















Sebelum acara kemuncak tiup lilin!!!






























Suasana sebelum meja makan dipenuhi dengan makanan sedap













Ayah tengah siapkan mihun



































Sekali hembus dah padam kesemua 5 lilin.











Inilah menu yang ada pada pagi tuh. Kesemuanya sedap2 belaka. Ada laksa, mihun, kek perisa strawberry dengan blueberry filling (thanks makteh sponsor), ada juga rojak buah dan puding triple fruit cocktail (hat ni hasil keje tangan mama)

0 comments:

Post a Comment