This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Perikemanusiaan dan Kasih Sayang

Apa perasaan anda jika anda disuruh untuk mendidik anak bangsa, tapi dalam masa yang sama tk blh sentuh diorang, hatta jeling sekalipun tk dibenarkan. Apa yang akan anda buat sekiranya diserahkan kepada anda sekumpulan kuda atau lembu liar untuk dididik agar patuh tunduk kepada sebarang arahan tuannya, sedangkan dalam masa yang sama anda hanya blh arahkan diorang dari luar kandang sahaja. Tak blh marah-marah sayang, tk blh tegur, hatta tk blh untuk menjeling sekalipun. Patuhkan kuda-kuda dan lembu2 itu nanti pada kita? Yang penting, adakah matlamat asal tadi untuk menjadikan kuda-kuda dan lembu-lembu tersebut patuh pada tuannya, tercapaikah matlamat itu nanti?

Itulah sebenarnya dilema yang sedang dihadapi oleh guru-guru se Malaysia kita. Saya tidaklah menyamakan lembu dengan anak-anak murid kita (anak saya sendiri pun sedang belajar di sekolah). Tapi, sebenarnya keadaan itulah yang sedang dihadapi oleh guru-guru kita sekarang.

Guru-guru diwajibkan meningkatkan prestasi anak-anak murid, di samping menjalankan pelbagai tanggungjawab lain yang diarahkan oleh pihak sekolah. Kerja guru bukan sekadar mengajar sahaja, banyak lagi tanggungjawab yang mesti dilunaskan mengikut deadline. Sekali lagi. Guru-guru diwajibkan meningkatkan prestasi anak-anak murid, tak kiralah bagaimana sekalipun IQ dan EQ mereka, tak kiralah bagaimana sekalipun latarbelakang keluarga mereka. Yang penting, ajar diorang sampai dapat A. Tapi..tak blh marah2, tak blh cubit2, tk blh rotan2, banyak tk blh lagi yang ada.... Guru sekarang perlu hormat murid-murid, bukan murid-murid yang perlu hormat guru. Senario yang sama seperti di rumah, ibu bapa yang takutkan anak2, bukan anak2 yang takutkan ibubapa.

Maaf cakaplah. Apa yang aku nampak, ibu bapa terlalu mengharapkan sekolah, terutama cikgu-cikgu (yg sememangnya telah terbeban dgn kerja-kerja lain, bukan kerja hakiki mengajar). Bagaimana ini boleh terjadi? Sudahlah mengharapkan orang lain (yang tidak melahir dan membesarkan anak-anak kita), kalau ada salah skit, tercubit skit, ponnn dh masuk paper, berita sana sini. kene pulak dengan surat khabar yang untungnya memang dari bahan-bahan cerita sensasi (selalunya disensasikan). Nampaklah jahat sangat cikgu cikgi ni....so, sapa yang nak membela nasib cikgu cikgi? Pasal tu la murid sekarang dh pandai mengandung walau pakai uniform sekolah. Dah pandai tido rumah pakwe makwe selepas balik dari sekolah. Ada lebih teruk, dh pandai beromen..bawah pokok, dalam kawasan sekolah????? Bila ditangkap cikgu, bukan setakat kene maki hamun oleh pelajar yang kene cekup tu, kene hentam pulak dengan mak ayah depa???? "Sekolah buat apa sampai anak saya blh buat macam ni?" "Cikgu tak perati ke anak saya,sampai blh keluar bercinta macam ni?". Amboi2...yang awak tu....tk reti ajar anak ke smapai setan pun tabik spring kat dia????

Fenomena di atas. Aku bukannya cakap2 kosong sahaja, ada buktinya. Abang2 dan kakak2 aku cikgu cikgi sekolah. Serba sedikit tu aku tau jugak kekalutan yang sedang berlaku pada anak-anak zaman sekarang ni. Dan aku juga, bekerja dalam bidang education. Dan ditambah dengan segala macam berita menakutkan yang dipaparkan di kaca-kaca tv dan di dada-dada akhbar. SANGAT MENAKUTKAN, BUKAN???? Tak taulah kalau ada ibu bapa yang tak merasa takut dengan keadaan ni.

Dan aku akui, bukan senang nak didik anak2 zaman sekarang, banyak anasir2 luar yang perlu ditepis supaya tak sampai ke hati mereka. Cuma bagi aku, kalau kita sendiri sambiil lewa mendidik anak2 menjadi manusia, dan kadang tu yg sedihnya ada jugak yang langsung tk mengambil berat hal EQ anak2, janganlah kita salahkan pihak lain bila anak2 mula pandai jerkah cikgu, mula pandai panjat pagar sekolah, mula pandai layan teman sekolah dalam bilik2 hotel, mula loya2, mula memboyot. Kita sendiri yang lebih pentingkan IQnya, berbanding EQ.. Mana boleh macam tu.. EQ lah yang akan mengawal IQ, bukan sebaliknya.

Aku sangat kesal melihatkan sikap ibu bapa zaman sekarang. Anak berzina, masih nk salahkan pihak lain kerana perbuatan anaknya tu. betullah kata ustaz aku 15 tahun dulu. Bila kita salah, dn kita salahkan orang lain kerana perbuatan salah kita tu, kita akan berbuat salah yang sama sampai bila-bila.. Dan perkara tu akan diturunkan (dh jadi keturunan buat salah tuding jari pada orang lain). So, kalau ada anak pompuan atau anak lelaki yang berzina sana sini, sampai ke cucu cicit la dosa besar ni akan dilakukan. "With honour" pulak tu...Sebab sampai ke sudah kita tak sedar sebenarnya yang salah tu kita sendiri!Yang penting boleh mendabik dada, akulah paling HERO..Huh memalukan ajer...Orang dah tau awak macam mana, tambah lagi dengan berlagak yang teramat sangat..Meluat betul


Wahai umat manusia, renung2kan lah luahan perasaan aku ini 0 comments