This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Perikemanusiaan dan Kasih Sayang

Apa perasaan anda jika anda disuruh untuk mendidik anak bangsa, tapi dalam masa yang sama tk blh sentuh diorang, hatta jeling sekalipun tk dibenarkan. Apa yang akan anda buat sekiranya diserahkan kepada anda sekumpulan kuda atau lembu liar untuk dididik agar patuh tunduk kepada sebarang arahan tuannya, sedangkan dalam masa yang sama anda hanya blh arahkan diorang dari luar kandang sahaja. Tak blh marah-marah sayang, tk blh tegur, hatta tk blh untuk menjeling sekalipun. Patuhkan kuda-kuda dan lembu2 itu nanti pada kita? Yang penting, adakah matlamat asal tadi untuk menjadikan kuda-kuda dan lembu-lembu tersebut patuh pada tuannya, tercapaikah matlamat itu nanti?

Itulah sebenarnya dilema yang sedang dihadapi oleh guru-guru se Malaysia kita. Saya tidaklah menyamakan lembu dengan anak-anak murid kita (anak saya sendiri pun sedang belajar di sekolah). Tapi, sebenarnya keadaan itulah yang sedang dihadapi oleh guru-guru kita sekarang.

Guru-guru diwajibkan meningkatkan prestasi anak-anak murid, di samping menjalankan pelbagai tanggungjawab lain yang diarahkan oleh pihak sekolah. Kerja guru bukan sekadar mengajar sahaja, banyak lagi tanggungjawab yang mesti dilunaskan mengikut deadline. Sekali lagi. Guru-guru diwajibkan meningkatkan prestasi anak-anak murid, tak kiralah bagaimana sekalipun IQ dan EQ mereka, tak kiralah bagaimana sekalipun latarbelakang keluarga mereka. Yang penting, ajar diorang sampai dapat A. Tapi..tak blh marah2, tak blh cubit2, tk blh rotan2, banyak tk blh lagi yang ada.... Guru sekarang perlu hormat murid-murid, bukan murid-murid yang perlu hormat guru. Senario yang sama seperti di rumah, ibu bapa yang takutkan anak2, bukan anak2 yang takutkan ibubapa.

Maaf cakaplah. Apa yang aku nampak, ibu bapa terlalu mengharapkan sekolah, terutama cikgu-cikgu (yg sememangnya telah terbeban dgn kerja-kerja lain, bukan kerja hakiki mengajar). Bagaimana ini boleh terjadi? Sudahlah mengharapkan orang lain (yang tidak melahir dan membesarkan anak-anak kita), kalau ada salah skit, tercubit skit, ponnn dh masuk paper, berita sana sini. kene pulak dengan surat khabar yang untungnya memang dari bahan-bahan cerita sensasi (selalunya disensasikan). Nampaklah jahat sangat cikgu cikgi ni....so, sapa yang nak membela nasib cikgu cikgi? Pasal tu la murid sekarang dh pandai mengandung walau pakai uniform sekolah. Dah pandai tido rumah pakwe makwe selepas balik dari sekolah. Ada lebih teruk, dh pandai beromen..bawah pokok, dalam kawasan sekolah????? Bila ditangkap cikgu, bukan setakat kene maki hamun oleh pelajar yang kene cekup tu, kene hentam pulak dengan mak ayah depa???? "Sekolah buat apa sampai anak saya blh buat macam ni?" "Cikgu tak perati ke anak saya,sampai blh keluar bercinta macam ni?". Amboi2...yang awak tu....tk reti ajar anak ke smapai setan pun tabik spring kat dia????

Fenomena di atas. Aku bukannya cakap2 kosong sahaja, ada buktinya. Abang2 dan kakak2 aku cikgu cikgi sekolah. Serba sedikit tu aku tau jugak kekalutan yang sedang berlaku pada anak-anak zaman sekarang ni. Dan aku juga, bekerja dalam bidang education. Dan ditambah dengan segala macam berita menakutkan yang dipaparkan di kaca-kaca tv dan di dada-dada akhbar. SANGAT MENAKUTKAN, BUKAN???? Tak taulah kalau ada ibu bapa yang tak merasa takut dengan keadaan ni.

Dan aku akui, bukan senang nak didik anak2 zaman sekarang, banyak anasir2 luar yang perlu ditepis supaya tak sampai ke hati mereka. Cuma bagi aku, kalau kita sendiri sambiil lewa mendidik anak2 menjadi manusia, dan kadang tu yg sedihnya ada jugak yang langsung tk mengambil berat hal EQ anak2, janganlah kita salahkan pihak lain bila anak2 mula pandai jerkah cikgu, mula pandai panjat pagar sekolah, mula pandai layan teman sekolah dalam bilik2 hotel, mula loya2, mula memboyot. Kita sendiri yang lebih pentingkan IQnya, berbanding EQ.. Mana boleh macam tu.. EQ lah yang akan mengawal IQ, bukan sebaliknya.

Aku sangat kesal melihatkan sikap ibu bapa zaman sekarang. Anak berzina, masih nk salahkan pihak lain kerana perbuatan anaknya tu. betullah kata ustaz aku 15 tahun dulu. Bila kita salah, dn kita salahkan orang lain kerana perbuatan salah kita tu, kita akan berbuat salah yang sama sampai bila-bila.. Dan perkara tu akan diturunkan (dh jadi keturunan buat salah tuding jari pada orang lain). So, kalau ada anak pompuan atau anak lelaki yang berzina sana sini, sampai ke cucu cicit la dosa besar ni akan dilakukan. "With honour" pulak tu...Sebab sampai ke sudah kita tak sedar sebenarnya yang salah tu kita sendiri!Yang penting boleh mendabik dada, akulah paling HERO..Huh memalukan ajer...Orang dah tau awak macam mana, tambah lagi dengan berlagak yang teramat sangat..Meluat betul


Wahai umat manusia, renung2kan lah luahan perasaan aku ini 0 comments

Genius Kanak-Kanak

































Ajarlah apa saja kepada bayi/anak-anak anda yang masih kecil. Pasti diorang akan dapat belajar dari apa yang kita ajarkan tersebut.

Sebelum ni aku kurang percaya dengan teori otak kanak-kanak yang seperti span. Mudah menyerap segala maklumat. Mungkin aku cepat putus asa. Ajar 1 2 3...Sekali sekala.

Baru-baru ni tetiba aku dengar umar mengumam sendiri. Rupa-rupanya dia sedang hafal 1 2 3! Dia boleh bilang 1 2 3 sampai 10! Takda mistake walau dia ulang beberapa kali.Umar yang baru nk masuk 2 tahun, butir perkataan pun susah orang nk faham, kecuali orang yang dekat dengan dia. Tetiba boleh bilang 1 smapai 10? Eh! Mai mana lak semua ni? Hairan... sebab aku tk pernah pun bilang 1 2 3 sampai 10 kt umar. Kalau ada pun 1 sampai 3 je. Rupa-rupanya Toklang umar yang ajarkan. Aduh. Sedih betul aku. Aku yang sempurna ni pun tk boleh nk ajarkan anak-anak aku mengira 1 sampai 10! Tetiba lak maklang yang Allah ambil keseluruhan penglihatannya dapat pulak ajarkan umar bende-bende gitu. Termalu lak aku waktu tu.

Sekarang barulah aku percaya yang minda anak-anak kecil ni sebenarnya genius. Cuma kita perlu selalu ulang-ulangkan apa yang kita nk ajarkan pada diorang. Lepas ni aku nk minta maklang tolong ajarkan alif baa taa pulak kat umar. Maklang antara orang yang bersama dengan umar lama...Sepanjang hari, dari 7:30 sampai 6:00 petang. Maklang lah orang harapan aku untuk ajarkan umar dan danial.Aku boleh ajarkan, tapi bukan sepanjang masa. Malam dan hari cuti jer.

Terima kasih yer maklang. 0 comments

Dapat Hadiah. Yey..Yey...

Mama dapat hadiah jam dari ayah semalam. Sempena anniversary yang ke 6!!! Wah wah! Ingatkan baru yang ke 2!Hehe..Perasan...

Mama yang pilihkan sendiri jam tu. Kalau ikutkan mama nak jam yang berwarna emas, nampak mewah..Tapi sebab nak sama dgn ayah, mama pilih jugak warna silver. Tp not bad. Terima kasih yer abang...Sayang...abang....

Inilah jamnya...



































































Rupanya bila di tangan mama...

0 comments

Happy 5th Birthday To Danial

Khamis lepas (26 Nov 2009) adalah hari lahir danial yang ke 5. Dah besar anak mama dan ayah sorang nih.

Nak buat sambutan birthday pada hari Khamis tu, but masa terlalu suntuk. Dengan nak raya lagi, nak kemas baju sbb raya haji ni raya kt Merbok. Tak sempat mama dan ayah cari masa tuk sambut birthday danial pada hari tu. Tak nak la buat dalam keadaan kelam kabut.

So, lepas bincang dengan ayah, sambutan untuk danial tahun ni kita buat kat rumah tok Merbok la. Lagi best, hehe..ramai pen'sponsor'. Ada makteh, lang, semua blh tolong mama siapkan sambutan birthday danial. Tapi yang paling membantu dah tentulah ayah.

Birthday ke 5 danial disambut pada hari Sabtu, 28 Dis 2009 (Wedding anniversary mama dan ayah sekali tuh). Kira 2 dalam 1 la yer, senang. So yang memasak hari tu dah tentulah ayah, biasanya masakan untuk parti2 atau jamuan2 atau kenduri2 memang biasa diserahkan pada ayah. 'Chef' la katakan. So ari tu memang mama serahkan sepenuhnya dapur pada ayah. Actually memang selalu gitu pun. Mama tolong siapkan yang lain2 especially kek danial, tempat untuk makan, etc..

Inilah akibatnya bila kelam kabut buat keje. Disengat serangga apa tah namanya,...'temingat' panggilan orang kedah. Aduh!!! Gila punya sakit. 5 tempat tuh. Sakitt!!!












Rajin anak mama nih















Sebelum acara kemuncak tiup lilin!!!






























Suasana sebelum meja makan dipenuhi dengan makanan sedap













Ayah tengah siapkan mihun



































Sekali hembus dah padam kesemua 5 lilin.











Inilah menu yang ada pada pagi tuh. Kesemuanya sedap2 belaka. Ada laksa, mihun, kek perisa strawberry dengan blueberry filling (thanks makteh sponsor), ada juga rojak buah dan puding triple fruit cocktail (hat ni hasil keje tangan mama) 0 comments